Trip Gunung Santubong

Salam…

Alhamdulillah selamat balik dari Sarawak lepas berhempas pulas naik Gunung Santubong dan Gunung Serapi. Niat di hati nak buat relax trip yang penuh ketenangan dan kerehatan. haha impian tinggal kenangan. Kaki gatal nak pecut dan kejar orang lain di depan yang bersungguh sungguh naik gunung. Bila dah pecut tu, maka bermandian peluh la dan kaki pun merasai kebasnya. Tapi serius best dapat naik dan paksa diri untuk jadi lebih baik. Biasa 3 jam naik, kita dapat naik dalam 1 jam 15 minit. Okay la tu untuk newbie. hahah

So aku nak kongsi kos keseluruhan dan itenary trip ni. Murah murah je tapi paling penting puas hati dapat jalan. Ada kekurangan itu ini tapi tak jejaskan experience yang kita dapat tu.

 

Itenary:

Menerokai Khazanah Berharga Negeri Sarawak
(Santubong, Bako National Park & Kubah National Park)

GUNUNG SANTUBONG
Gunung Santubong mempunyai ketinggian 817 meter @ 2,800 kaki dari aras laut. Gunung ini boleh didaki melalui 3 pintu masuk iaitu melalui Kampung Budaya Sarawak, Green Paradise Seafood dan Bukit Puteri. Trek yang sentiasa didaki ialah melalui Bukit Puteri kerana trek ini agak pendek iaitu sejauh 6.5 km untuk pendakian naik dan 6.5 km untuk pendakian turun (13 km untuk pendakian naik dan turun). Gunung Santubong terletak kira-kira 35 kilometer di bahagian utara pusat bandar Kuching.

TAMAN NEGARA BAKO
Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara, ia mempunyai hampir kesemua spesis tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo.

PACKAGE ( RM550 / pax )
INCLUDE :-
1. PERMIT (Taman Negara Bako dan Taman Negara Kubah)
2. ACOMMODATION ( Campsite & Dorm )
3. ENTRANCE FEE
4. GUIDE
5. TRANSPORTATION ( Rental Car, Boat Return )
6. MEALS ( 2 Breakfast + 1 Lunch + 2 Dinner
7. Tiket Flight Return

Deposit 50% dari harga Package – tidak akan dipulangkan sekiranya berlaku pembatalan

Tentative/Program
Day 1
7.00am – Berkumpul di KLIA
7.30am – Breakfast ( Sdn Bhd )
8:00am – Berlepas ke Kuching
10.00am – Sampai di Airport Kuching
10.30pm – bergerak ke Pasar Satok dan lunch ( sdn bhd )
12.00pm – bergerak ke Taman Negara Kubah
1.00pm – tracking ke Air Terjun Kubah
2.30pm – sampai air terjun dan mandi
5.00pm – bergerak balik ke homestay
8.00pm – Dinner ( under company )

Day 2
5.00am – Solat Subuh
6.00am – Breakfast ( under company )
7.00am – bergerak ke Taman Negara Santubong
9.00am – bersiap untuk mendaki Gunung Santubong
11.00am – Sampai peak Santubong “ambik gambar dan lunch (under company)”
1.00pm – start turun menuju ke air terjun
4.00pm – sampai air terjun
5.30pm – balik ke homestay
8.00pm – dinner ( under company )

Day 3
5.00am – solat subuh
6.00am – breakfast ( under company )
7.00am – bertolak ke Taman Negara Bako
9.30am – naik boat
10.00am – sampai Taman Negara Bako
11.00am – naik boat ke Teluk Pandan Kecil untuk Melihat icon Taman Negara Bako “Sea Stack” dan layan view”
1.00pm – tracking ke air terjun Bako
2.00pm – sampai Air terjun Bako
4.00pm – bertolak balik ke HQ
6.00pm – sampai HQ dan bermalam (camping)
8.00pm – dinner ( under company)

Day 4
5.00am – solat Subuh
6.00am – breakfast ( sdn bhd )
10.00am – bergerak ke waterfront shopping souvenir
12.00am – Lunch (sdn bhd)
2.00pm – gerak ke Airport Kuching
3.00pm – Berlepas ke KLIA
5.00pm – Sampai KLIA

Cuma untuk makluman, trip aku tak ikut pun tentatif ni sebab ada kekangan pada masa dan cuaca. Tapi team Ohana adjust supaya kita dapat maksimakan masa di sini sebaiknya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Antara yang trip aku dapat tapi tak dimaklumkan oleh pasukan pengurus:

  1. Kereta Sewa
  2. Networking kawan kawan yang baik <3

Cuma jodoh je takde dalam pakej. Kena beli yang lagi mahal kot hahah. Ni itenary.. Kemudian aku nak kongsi barangan keperluan kalau nak hiking. Panduan ni berdasarkan equipment untuk naik Gunung Kinabalu ye.

 

EQUIPMENT:

WAJIB:
1. Rucksack (50 Ltr)
2. Jacket (winter jacket)
3. Gloves (sebaik-baiknya yg water proof)
4. Socks (2 pasang)
5. Sleeping bag (kalau x tahan sejuk, tapi jangan yang tebal sangat..seksa nak membawanya)
6. Trackbottom ( at least 2 helai)
7. T-shirt (at least 3 helai)
8. Kasut sukan
9. Selipar jepun
10. Baju hujan yang tebal dan tahan lasak (kat 7elevent ada jual RM10-15).
11. Botol air dan air mineral (2 Ltr kalau larat nak bawah lebih 2Ltr pun x per)
12. Torchlite atau Head Lamp yang berfungsi baik (dengan bateri baru seelok2nya bateri berjenama).
13. Plastik baju kotor.
14. Energy foods (akan disenaraikan bawah)
15. Basic first aid (akan disenaraikan di bawah)
16. Innerwares (disposable the better)
17. Barang kelengkapan sendiri (toileteries, towel, pakaian solat etc).
18. Lip balm – cuaca sejuk menyebabkan bibir pecah.

LAIN-LAIN BARANG (TIDAK WAJIB):
1. Mafla (untuk extra potection dari angin sejuk)
2. I-pod/MP3 player (tak lah boring masa naik nanti, boleh layan lagu2)
3. Topi/Summer Cap.
4. Thermos (0.5L)
5. Tupperware kecik untuk isi makanan
6. Knee guard/ankle guard

MAKANAN:
1. Biskut kegemaran anda. Dicadangkan beli yang small pack senang nak sumbat dlm beg.
2. Kurma/Kismis/Prune (bagus untuk mengelakkan rasa mengantuk ketika mendaki ke puncak – Pendakian bermula sawal subuh time ngantuk ni penat mendaki siang tadi pun x hilang lagi).
3. Coklat (untuk kunyah2 dlm perjalanan ke Laban Rata)
4. Roti/bun.
5. Buah2an: Pisang, epal, pear, lai.
6. Mineral water & 100plus atau minuman penambah tenaga.
7. Mee segera
8. Pisau kecik (pisau seribu satu macam kegunaan)
9. Milo 3in1, Nescafe instant agak2 jer untuk minum sekali dua.
10. Nestum instant
11. Gula2
12. Apa2 makanan yang menjadi kegemaran
Basic First Aid:
1. Your personal routine medicine
2. Panadol (Actifast or yg biasa)
3. Ubat muntah (utk altitude sickness)
4. Pain killer
5. Ubat selsema
6. Hansaplast (tentukan pelekat yang kuat dan water resistant).
7. Ubat sakit perut.

 

Ni group kami dari Kelanta, Pahang, dan Selangor. Dari kiri, Dani, kawan fahmi, Loh, Dhiyaa, dan Fahmi. Sarapan di restoran mamak sebelum flight.

 

 

Waterfront Kuching malam malam. Cantik kawasan ni. Antara yang menjadi tempat tumpuan pelancong.

 

Mr Rajit. Sangat mesra dan mudah masuk air. Masa ni atas bot otw ke Taman Negara Bako. Hati hati sebab ada buaya kawasan ni

 

Schoolmate SMART, Amir Ridhwan. Dia dah pernah naik Gunung Kinabalu tau! Scenery masa di puncah Gunung Serapi. Lebih kurang 1 jam dan 15 minit nak naik. Cantik atas dia

 

Team Pantai Timur ewahh.. Acah acah Wakanda

 

Puncak Gunung Santubong.. Serius, boleh tahan pewai nak naik atas ni. Denyut kaki aku. Dah la pakai seluar ketat. Menyesal seumur hidup beb hahah

 

Ini dia punya papan tanda. Kalau ikut, rendah je gunung ni. Tapi trek dia mencabar. Lagi mencabar dari Kinabalu tau.

 

Last day, kami makan di TopSpot Seafood di Kuching. Serius sedap weyy!!! Dah la murah. Bukan macam Ana Ikan Bakar Kuantan, makan 3 orang RM 200. zzz

 

Kami order ketam telur masin butter, pucuk midin goreng belacan, sup gamat, sotong butter, sotong telur masin, dan ikan jenahak masak stim lemon. Serius sedap!

 

Aftermath of our decisive battle. Kami menang gais!

 

RM 170 jeeee makan 6 orang gaisss!!! Dah la makan tak ingat dunia. Serius kalau korang pergi Sarawak, wajib datang tau sini. Jangan kata aku tak beritau plak haha

 

Okay itu je nak kongsi. Boleh mula semula tulis tulis sini untuk memori aku. Dah 2 tahun tak tulis, rasa macam lost dan tak boleh track apa yang aku buat. Okay kita cuba istiqamahkan! :p

Got something to say? Go for it!

 
%d bloggers like this: