Short Update On Life

Assalamualaikum wbt.

 

Lately ramai yang tanya aku macam mana nak beli kereta, nak setup proper business, akaun, kerja, dan cabaran cabaran semasa yang aku hadapi. Jujurnya, memang tersangat banyak ujian dan cabaran hahah. Ada masa bisnes ok tapi yang lain ke laut. Ada masa bisnes KO tapi ada khabar gembira di tempat lain.

Ye la… Kalau nak cerita ujian, sampai kiamat tak akan habis. Semua orang hadapi ujian masing masing, bukan kita sahaja atas dunia ni yang diuji. So jangan perasan sangat dan sentimental sorang sorang sebab tertekan dengan ujian. Hadapi je semua tu, tabahkan hati, dan maju terus ke hadapan. Jangan bazir masa duduk termenung dan berteleku merintih nasib, pastu merengek dalam jiwa kenapa la aku diuji macam ni bla bla bla. Get up, move on!

So sebab lama aku tak tulis dan share kat website aku ni, dengan berbesar hati aku curi masa tengahari ni untuk berkongsi apa yang berlaku sedikit sebanyak. Kebetulan semua order aku dah proses pagi tadi, dan tiada lead lain masuk untuk waktu ni. Maka boleh la aku release stress dan relax relax menaip depan lappy sambil minum latte eh. Sambil dengar Quran la kan? haha

 

Kereta

 

Nak cakap aku ni pakar, memang tak la kan. Sekadar tahu yang basic dan cukup untuk aku jaga kereta sebaik mungkin je la. Okay, antara soalan yang aku selalu dapat dari kawan kawan adalah, macam mana aku beli kereta hari tu dan prosedurnya. Untuk makluman, aku beli kereta second je yang cukup untuk keperluan aku gerak ke mana sahaja dengan mudah, selamat, dan jimat minyak. Paling penting, maintenace senang dan boleh sumbat produk aku yang berlambak lambak.

  1. Dokumen

Masa aku nak beli kereta ni, aku dah ada 4 bulan punya payslip masa kerja audit. Agak strong la sebab gaji RM 2.5k+++, pastu akaun yang duit gaji ni masuk aku tak sentuh sangat. Keluar sket sket je untuk nampak ada pergerakan. So, dalam akaun ni masa aku apply untuk loan kereta, ada dalam RM10k+++.

Kemudian aku kepilkan sekali dengan akaun bank personal Maybank, akaun bank personal CIMB, akaun bank bisnes CIMB, dan akaun RHB. Kredit card statement pun aku bagi untuk menyakinkan pihak bank untuk luluskan financing kereta aku. Untuk makluman, masa aku beli kereta ni, umur aku 22 tahun which sepatutnya kena ada penjamin bla bla bla. Tapi disebabkan dokumen strong, tersusun, dan cantik, maka financing aku lulus dalam masa 3 hari je. Ada kawan aku, pihak bank call dan pergi terjah tempat dia kerja untuk confirmkan yang dia ni memang mampu beli kereta.

Satu faktor lain yang memudahkan aku untuk dapat financing kereta ni, maybe sebab deposit tu tinggi. RM 10k. Sebab aku nak guna kereta dengan cepat. Malas nak turun naik pejabat, pergi sana pergi sini, leceh. So nak senang, bagi sedepuk. Harga kereta myvi 2011 spec se, dalam RM35k la jugak. Anyhow, alhamdulillah senang.

Jangan la poyo baru kerja nak pakai kereta mewah mewah. Perjalanan jauh lagi dik. Aku bayar untuk kereta RM 350 sahaja sebulan. Minyak sebulan dalam RM 150. Okay la RM 500, aku dapat selalu balik Kuantan jumpa mak ayah, dapat pergi program, dapat networking, mudah ambil barang, selamat, dan tidak susahkan mak ayah aku. Kalau ikut gaji masa tu, boleh dah nak angkat Civic. Tapi, menang pada gaya je la poket bocor kahkah. Dan dan, aku beli semua ni tak pernah pakai duit mak ayah aku ya hehe. Usaha sendiri la bro!

 

2. Pilih kereta

Yang ni mudahnya aku cakap, ko kena rajin. Rajin baca, rajin tanya, rajin usha, rajin survey, dan minta tolong orang yang pandai. Lepas aku decide kena beli kereta untuk pergerakan bisnes, aku terus pilih beberapa model dalam pasaran.

Yang terbaik, bagi aku, adalah Myvi. Sebabnya, sparepart murah dan banyak so tiada masalah habis stok/kena order/kena tunggu sebulan/kena bayar mahal, pastu kereta kecik senang cilok dalam KL, minyak jimat (RM 50 pergi balik Kuantan), maintenance mudah, kerusi belakang boleh lipat (letak stok besar besar), enjin proportion 1.3 ngam dengan berat body, ciri keselamatan pada harga cun, USB semua ada, auto (tak letih driving dalam jam) dan boleh tahan 5 tahun sebelum aku angkat kereta lain.

Proton ke, Chev ke, atau lain lain, ada je pada harga sama macam aku nak tapi tak OK. Tak menepati keperluan+spec+ciri ciri yang aku nak.

Nak beli kereta ni, kena tahu la tujuan beli. Kalau sekadar nak menunjuk yang kita dah mampu, baik tak payah. Beli la rumah, lagi berbaloi. Kereta ni liabiliti. Faham?

Masa nak beli ni, aku stay kat Hulu Langat. So aku survey kebanyakan kedai kereta area Cheras+Balakong. Buka kat Mudah, tengok harga, compare price, tengok spec, dan set untuk jumpa. Ada dalam 12 kedai kereta yang aku pergi dan tengok kereta. Lebih kurang 6 biji kereta menarik minat aku. Semuanya Myvi SE tapi harga lain lain. So kena banyak nego+win win situation. Ejen kereta nak cari rezeki jugak, ko jangan tamak sangat nak murah sampai makan komisen dia. Kata kuncinya: Negotiate. Penting jugak, bila nak beli kereta ni, tengok after sales service. Apa yang dia provide, berapa lama provide, dan benefit tambahan. Bodek la untuk dpat freegift bebanyak. Aku hari tu dapat alat TnG, stereng lock, minyak full, dan kad TnG.

Apa yang ko kena tengok bila nak beli kereta ni?

Banyak jugak yang kena cek. Sebab kereta second ni, seribu satu kemungkinan. Salah beli, merana la bayar hutang hahah.

Secara kasarnya, kena tahu sebab owner sebelum ni jual supaya kita tahu keadaan kereta. Pastu cek mileage. Bagi aku, bawah 60k dah cantik. Pilih model kereta yang umur 5 tahun dan kebawah sebab maintenance ok lagi dan insurans senang+murah. Tengok tarikh daftar kereta dan tarikh buat kereta, bandingkan. Tengok enjin, tengok no chasis enjin dengan sijil kereta, pastikan tally. Tengok ada kesan accident dak, kesan banjir, atau sebarang unsur yang luarbiasa. Cek bawah kereta. Tengok kat bonet. Tengok di lipatan getah tingkap, untuk kesan sama ada ni kereta potong atau tak. Tengok minyak hitam, pekat ke tak, hitam ke kuning cair.

Try start enjin. Biar enjin idle, tengok RPM. Kalau RPM tinggi lebih dari satu, kereta kemungkinan ada masalah enjin. Pastu tengok gegaran kereta macam mana, try lampu, try horn, try masuk gear. Semua ni memang kompleks dan teknikal, tapi berbaloi la dengan semua penat lelah tu.

Aku pun tak mahir sangat. So apa yang aku buat, aku upah sorang mekanik ni untuk cek dengan upah RM 50 sebiji kereta. Dia ni pakar, so dengar bunyi je dia dah tahu kereta rosak apa.

Long story short, dalam masa dua minggu, semua urusan pembelian kereta aku settle dan aku dah driving pergi Cameron untuk program. So semuanya smooth dan cantik. Jangan percaya kalau ada kawan kata kereta second tak elok. Yang masalah adalah kita yang malas dan bodoh sombong untuk belajar. Kalau pandai pilih, senang senang je dapat kereta yang macam baru pada harga 50% lagi rendah dari kereta baru. Buat apa bazir duit untuk kereta? Pi belajar dulu, baru sembang.

 

3. Cabaran Berkereta

Emm… ni yang part aku paling malas nak cerita. Letih jugak la kalau pakai kereta ni. Banyak perbelanjaan keluar. Motor Honda Wave aku pakai dah 4 tahun, tak pernah aku belanja banyak macam kereta. hahah, nak sangat pakai kena la tanggung ye dak? Nobody to blame hehe

 

Cermin windscreen retak

Kos RM 100 untuk baiki windscreen yang pecah kena apa aku tak tahu.

 

Tukar cermin tingkap

 

RM 170 untuk tukar cermin tingkap yang pecah kena batu mesin rumput.

RM 500 pasang tinted.

RM 450 untuk tukar tayar+brake pad+balancing

RM 140 untuk minyak hitam semi-sintetik setiap 8k km.

RM 300 untuk detailing+wax+polish double layer Meguiar

Bro ni tengah masukkan solution dalam cermin

Bro ni tengah masukkan solution dalam cermin

 

Tukar cermin yang pecah

Pasang cermin baru

 

Retak habis. Gegar sket terus gugur

Retak habis. Gegar sket terus gugur

 

Kedai di Setapak

Kedai di Setapak

 

2016_05_31_IMG_0202

Kereta kena langgar lari

Yang kena langgar lari ni paling aku bengang. Apa la masalahnya pergi langgar buntut bumper aku ni sampai kemek. Tak reti bawak kereta, jangan bawak. Duduk rumah order je barang pos laju. Menyusahkan aku betul hahah.

Anyway, sedap jugak la kena tanggung liabiliti ni. Tapi berbaloi untuk aku sebab aku memang selalu jalan jauh. Kalau takde kereta ni, sangat sengsara. Motor ada, tapi guna dalam kawasan Gombak je. Ada kereta ni sama macam nak baby la. Dah ada baby, banyak kos dan perbelanjaan dikeluarkan untuk jaga dia sampai besar. Dah ready ke nak tanggung?

tu la serba ringkas. Nak maklumat lagi, roger la aku. Kalau rajin aku jawab. Jangan tanya kenapa plat D. Ada kisah sedih sob sob

 

Ujian

Aku malas sangat nak update cerita cerita sedih ni. Tapi aku share la sket supaya korang yang kat luar ni tak buat dan sama sama elak dari berlaku.

Bisnes

Setakat ni alhamdulilah, ada up dan down jugak seiring dengan kehidupan aku. Ramai jugak tanya apa aku buat sekarang. Mudahnya, aku jual barang secara online. Tu je la. Produk apa, kat mana, macam mana, belanja aku makan baru aku cerita.

Ada jugak rugi baru baru ni. Tak banyak. Dalam RM 2k. Tapi sakit. Sebab kena tipu. Aku benci sifat menipu. Aku benci perangai yang tak hormat orang lain.

Banyak ilmu yang dapat bila full time bisnes. Aku tengah nak fokus untuk 1 produk. Doakan aku dapat jual 10,000 botol sebelum bulan 12 ni. Doakan.

 

 

Iftar PUIM

Tuan Muaz Hadi, pakar email

 

Iftar PUIM

Tuan Khairi, LikeMethod

 

Iftar PUIM

Aqif Azizan, pakar copywriting

 

Manjakan diri di facial first ampang.

Manjakan diri di facial first ampang.

 

Di rumah Baba khalil Country Homes Rawang

Di rumah Baba khalil Country Homes Rawang

Waa banyak aku nak cerita. Ada yang menarik, ada yang so so, ada yang patut diceritakan. Tapi faham faham la, ada masa rajin ada masa malas.

Bulan ramadhan ni, apa target korang? Jujurnya, aku target sejuzuk je. Tapi akan cuba untuk baca tafsir banyak banyak. Nak kemaskan akhlak dan perangai aku ni. Yup memang aku jauh dari baik dan kelembutan, tapi aku akan cuba. Dari dulu lagi, macam macam aku buat. Moga dimudahkan.

Dah tu je. Nak rehatkan minda, recharge tenaga positif. Banyak tenaga aku habis sebab makhluk makhluk yang tidak reti menghargai. Lama lama, aku pulak jadi pasif dan lembap.

Bulan 7 ni pergi trip hiking. Bulan 8 nak pergi snorkeling. Bulan 9, belum ada plan.

Sama sama lah kita usaha untuk kejayaan. Keraskan kepala, tebalkan jiwa, dan pejalkan tenaga. Langgar je semua halangan di depan. Pantas buat keputusan, cekal tanggung ujian, dan kuatkan mental. Tinggalkan yang lambat. Sayangi orang yang patut disayangi, positifkan minda, dan buang semua unsur negatif. Kawan kawan yang negatif, jauhkan diri sekejap. Bina semangat dan jiwa yang positif.

Apa yang kita nak, semua dalam genggaman dan kemampuan kita. Usaha sampai dapat!

 

One Comment on "Short Update On Life"

  1. Anonymous says:

    Teruskan menulis, akhi!

Got something to say? Go for it!

 
%d bloggers like this: