Saka Graduan Baru Bekerja, dan Cara Menghalaunya

 

Saka yang menghantui uuu

 

Assalamualaikum wbt

Apabila memasuki alam pekerjaan ni, aku dapati ada beberapa kesilapan fatal yang biasa dilakukan oleh orang muda khususnya graduan yang baru sahaja mula bekerja. Kesilapan ini aku gelar sebagai saka kerana sifatnya yang akan mendiami benak pemikiran sampai bila bila sehinggalah dijampi atau dihalau para ustaz. Biasalah, baru rasa duit sendiri yang didapati dari penat lelah bekerja kan. Walaupun gaji yang dinikmati sama atau kurang daripada nilai biasiswa semasa belajar, tetapi perasaannya lain macam. Rasa macam dah dewasa dan lebih menghargai duit tu haha.

Tanpa sedar, golongan muda seperti aku mudah melakukan kesalahan kewangan dan kebiasaannya masalah ini akan membawa kepada gejala kewangan yang serius pada masa depan kelak. Sebagai contoh, mereka tidak mencatat perbelanjaan harian, tidak mempunyai matlamat kewangan peribadi, tidak mengawal tabiat berbelanja, tidak mempunyai pengetahuan asas pelaburan, tidak membezakan aset/liabiliti, tidak tahu prioriti perbelanjaan, malas menuntut ilmu, berlagak sombong, dan mudah terikut dengan kata-kata orang lain.

Apabila rakan rakan dapat tahu bahawa kita sudah bekerja, mereka mula bertanya bila mahu membeli kereta baru, baju baru, telefon baru, laptop baru, jam baru, dan semua simbol simbol kemewahan yang kadang kala kita tidak perlukan langsung. Tetapi, disebabkan tidak mempunyai kekuatan dalaman dan perancangan yang jelas, kita mudah goyah dan mengikut pendapat orang lain. Bagi aku, ini semua saka dan hantu yang perlu dibuang serta dihapuskan dari kamus kehidupan muslim yang beriman. Jampi dan bacakan surah terpilih, kemudian pasang pendinding.

Nak tanya ni, apakah kita hidup untuk memuaskan kehendak manusia lain? Adakah kita mampu memuaskan hati semua orang? Mampu ke? Sangat susah untuk hidup dan memuaskan hati orang lain, dalam masa yang sama kita sendiri menderita. Walhal hanya kita yang merasai pahit manis hidup kita, bukan mereka.

 

Saka Top

 

  1. Kereta sebagai aset.

Ini memang saka paling top la. Ada kawan yang baru je mula kerja, gaji basic RM 1,800, beritahu aku yang dia nak beli kereta Vios baru dalam RM 70,000 loan 9 tahun. Adeh, selagi mana mindset menganggap kereta adalah aset berharga yang nilainya appreciate setiap tahun, memang akan pokai dan miskin la. Secara fakta dan datanya, kereta adalah liabiliti untuk poket kita. Pusing la ikut mana pun, memang liabiliti. Kecuali, kita beli kereta yang elite dan guna untuk closing sale atau dapat masuk dalam circle of friends yang millionaire, and then masa tu boleh la dikira sebagai kereta tu aset yang berguna. Atau maybe ko pajakkan kereta tu atau buat sewa atau beli kereta untuk UBER, then you can declare your car is an asset. Other than that, its simply a metal which depreciates in value by time.

Bagi la pendapatan banyak mana pun, tapi bila pemikiran salah, maka akan susah la nak mencapai financial freedom.

Untuk rawat saka ni, rajin rajin la baca buku perancangan kewangan dan bergaul dengan orang yang tinggi dan luas pemikiran kewangannya. Dekat facebook tu, follow la sifu sifu kewangan yang suka bagi info percuma. Biasakan diri untuk menahan nafsu dan belajar apa itu keperluan, kemahuan, dan kehendak. Bezakan keutamaan dalam hidup ni, bukan pakai redah je.

Baca buku Robert Kiyosaki, Pakdi, Azizi Ali, dan tokoh kewangan lain. Dapat ilmu, praktik!

 

Seram tak dapat kereta macam ni? Pffftt

 

2.  Semua baru…

Yang ini, bergantung kepada keperluan la. Aku masa mula mula nak masuk kerja ni, aku beli sehelai je kemeja baru. Yang lain, semua stok yang aku ada sejak belajar di Jordan. Aku jenis praktikal. Apa yang ada, pakai. Kalau rosak atau sudah tidak boleh digunakan, baru angkat yang lain.

Tapi, ada juga la sahabat aku ni. Disebabkan dah dapat tawaran masuk kerja, terus dia beli semua benda baru. 2 Seluar baru, 5 baju baru, tali pinggang baru, kasut baru, telefon baru,minyak rambut baru, alat mandi apa benda semua sekali baru. Total kos untuk dia masuk kerja lebih kurang RM 3,500. Fuh…

Aku faham, dia menjaga gaya dan pengaruh yang dia miliki. Tak kisah pun sebenarnya. Tapi bila terpaksa pinjam duit aku, tu yang aku geram nak nasihat. Guna sahaja apa yang ada yang masih elok dan cantik. Kenapa perlu terikut ikut dengan apa yang orang kata. Masa tahun 1 di Jordan, aku beli selipar Adidas yang agak mahal. Lebih kurang RM 50. Pertama kali aku beli selipar mahal macam tu hahah. Maka, aku pakai selipar tu sehinggalah aku grad. Ikut hati, aku nak bawa balik Malaysia dan guna pulak di sini. Tapi ayah aku tegur, dia kata beli je la selipar baru. Kesian sangat selipar tu, tapak pun dah haus. Huh, sayang betul selipar tu. Kalau ayah aku tak suruh, aku pakai lagi ni haha

Nak halau saka yang ini, kau kena sedar diri dan ukur baju di badan sendiri. Relax la, kumpul duit dulu, invest dulu, bina pendapatan pasif, lepas tu kau nak beli jet peribadi pun suka hati la kan. Biar cashflow jadi cantekk dan positif, baru la fikir untuk tambahkan expense. Cara aku, aku akan minimakan perbelanjaan ke tahap yang paling rendah dan catat semua perbelanjaan aku. Dengan cara ini, aku dapat detect ke mana duit aku banyak habis setiap bulan dan dapat memberikan penyelesaian untuk masalah duit bocor.

 

Habis duit, mintak dengan aku. Hurmm

 

3.  Mewah tak ingat

Ini memang saka yang berbahaya. Awal bulan masa dapat gaji, seronoknya macam bulan jatuh ke riba. Tengok duit ribu riban masuk dalam akaun, memang tergugat iman dan nafsu makin aktif menghembus hembus. Kita pun diulit mimpi dan tanpa disedari berbelanja di luar keperluan yang sepatutnya.

Guys, buat perancangan. Tulis semua pecahan yang sepatutnya untuk duit korang. Setiap sen duit tu, ada tempat yang hak dan yang sepatutnya kita letak. Nanti aku nak share macam mana aku bahagi duit setiap hari. Dah tiga bulan, aku berjaya praktik sebaiknya apa yang aku rancangkan. Agak susah sebab banyak perbelanjaan luar jangka, tapi berjaya dijaga sebaik mungkin. Jangan biarkan saka bermewahan dan dan suka membazir menghantui anda. Didik dengan disiplin dan ilmu pengetahuan.

 

4.  Malas

Mentang mentang dah kerja dan dapat gaji, maka kita pun seronok berehat dan bermalas-malasan di rumah. Tengok tv, bazir masa main game, lepak hisap vape, atau tidur je sepanjang hari. Adei, tidak berkembang la otak dan diri aku weh!

Kita ni muda lagi. So, banyak gila ruang yang kita boleh baiki dan jadikan lebih baik. Bila kita letak dalam minda untuk sentiasa jadi lebih baik dan produktif, maka kita tidak akan dapat berhenti daripada mengisi masa dengan sesuatu yang bermanfaat dunia dan akhirat. Kerja la part time ke, pergi kelas ke, pergi daurah ke, kem apa apa ke, dan belajar sesuatu yang baru supaya otak sentiasa cergas dan aktif. Laburkan duit yang ada untuk bina networking kawan kawan yang hebat dan untuk dapatkan ilmu yang berharga. Dengan ini, kita akan dapat meningkatkan lagi peluang untuk menambah pendapatan dan secara tidak langsung, meningkatkan lagi taraf kehidupan ke tahap yang kita idamkan.

Macam aku, banyak impian yang tulis dan lukis. Aku percaya, kalaupun aku tidak dapat apa yang aku mahukan, insyaAllah aku akan dapat sesuatu yang mungkin kurang sedikit sahaja daripada impian aku. Semakin besar impian, semakin tinggi motivasi aku untuk hidup dan teruskan kehidupan dengan positif. Aku tidak setuju dengan pakcik aku yang selalu kata aku kena berehat dan duduk rumah. Aku macam, what? Nak aku jadi lemau dan tidak produktif? Nak aku jadi pemuda yang tua sebelum tiba masanya? Nak aku jadi seorang yang tidak berjaya dalam hidup?

Aku terpaksa minta maaf. Itu bukan aku. Aku tidak mampu untuk duduk diam dan jadi seperti robot.

 

Tidur, makan, tidur, mati.

 

Aha.

 

So, inilah beberapa saka dan hantu toyol yang ada dalam diri mahasiswa yang baru masuk alam pekerjaan. Kena banyak bertenang dan kawal pernafasan, baru boleh jalan jauh. Ini tidak, cepat sangat semput sebab tak pandai susun atur. Ingat, kawal diri kawal emosi. Penjual mempunyai berjuta cara untuk menarik duit yang berada dalam poket kita. Kebalkan diri dan bina pertahanan yang sebaiknya. Artikel akan datang aku nak share, cara bagaimana untuk urus duit dengan gaji yang kita ada. Pembahagian yang terlibat, aulawiyat, dan bergantung kepada kemahuan masing masing.

Stay tune dan jangan lupa subscribe. <3

 

Got something to say? Go for it!

 
%d bloggers like this: