Permulaan Baru

Assalamualaikum wbt. 🙂

Alhamdulillah, dah lama pasang niat dan impian untuk mempunyai sebuah blog dengan ‘domain’ dan ‘hosting’ sendiri. Rasa macam ada aset baru yang sangat berharga. Ada orang kata, ada blog baru ini bagaikan menimang cahaya mata baru. Kena jaga dan belai dari kecil, suapkan, tukar pampers, ajar mengaji, ajar kehidupan, tukar baju, dan didik sehinggalah menjadi dewasa dan bermanfaat pula kepada orang lain.

Makanya, begitulah juga apabila kita memiliki blog ini. Kena jaga ‘coding’, tukar ‘theme’, main ‘plugin’, kemaskini perkongsian, ‘troubleshoot’, dan lain lain lagi sampai lah semuanya berjalan lancar. Susah jugak. Tapi, disebabkan niat nak berkongsi dan menuai buah pahala yang kuat, maka digagahi juga untuk buat semua ni. Terima kasih yang tidak terhingga kepada founder techoais.com, saudara Sham Hardy yang sudi bantu aku untuk ‘setup’ blog ni. Memang pening dan banyak cabaran. Tapi, dengan kepakaran yang beliau ada, sekejap je semua masalah aku selesai. Kawan kawan yang perlukan servis website ke apa, boleh rujuk dia. Jazakallah khayran Sham!

Sebelum ini menulis juga di shazmiepeace.blogspot.com, tempat tulisan santai dan mengeluarkan emosi yang tidak terkawal haha. Tapi disebabkan tidak serius dan hanya suka suka, maka banyak perkongsian yang macam kurang bermanfaat dan merosakkan orang lain. Di alam maya ini, apabila kita menyebarkan keburukan, efek gandaannya amat dahsyat. Begitu juga apabila menyebarkan kebaikan, insyaAllah kesan gandaannya juga hebat dan menjadi saham untuk memberatkan mizan pahala kelak.

Bolehlah pergi tengok kalau nak tahu apa yang aku tulis. Mana mana tulisan yang baik, aku akan pindah masuk blog ni nanti.

 

Apa yang aku akan kongsi?

 

Aku akan kongsi mengikut ‘mood’ dan perasaan aku. Ada ketika, aku nak berkongsi tentang motivasi. Ada masa, aku nak berkongsi tentang cara hidup. Atau mungkin keusahawanan, perniagaan, dan berkenaan pekerjaan. Yang penting, dengan sedaya upaya aku akan buatkan tulisan yang bermanfaat dan berbaloi untuk dibaca. Berilmu, informatif, dan santai. Boleh je tulis macam ‘thinker’ kan, tapi aku pun senak nak membacanya nanti huhu.

Mungkin juga berkenaan perasaan kadang-kadang. Kebanyakan masa, aku akan lebih selesa bercerita dengan yang tersayang (ma/abah/kawan/naqib) daripada pergi kepada umum. Tetapi, jika ada ibrah yang boleh diambil, mengapa tidak aku ceritakan kan?Mana tahu, ada makhluk Allah yang tengah berada dalam masalah yang sama dan buntu, dengan membacanya dia mendapat penyelesaian. Ha, kan dah dapat bantu saudara yang lain. Best ke tak best? :p

 

Permulaan Baru

 

Inilah permulaan baru untuk aku berkongsi lebih kerap dan menanam pohonan kebaikan. Dengan meletakkan kematian sebagai peringatan, kita kena sentiasa berusaha untuk membantu lebih ramai orang dan berusaha menyebarkan kebaikan setakat termampu. Mungkin hari ini kita jahat dan banyak dosa, tetapi dengan usaha dan kudrat yang ada, kita boleh menjadi orang yang bertaqwa dan baik amalannya.

Harap kawan kawan doakan aku boleh menulis dengan baik dan istiqamah. Sebaik baik amalan adalah yang mampu dibuat secara berterusan.

Terima kasih.

Jangan lupa ‘follow’ dan berikan pendapat.

Jazakumullah khayran kathira. 🙂

 

Tiga serangkai

Tiga serangkai. Dua orang je bujang huk huk

Got something to say? Go for it!

 
%d bloggers like this: