Nasihat Manusia Terkaya Asia Untuk Pemuda

 

Assalamualaikum wbt.

 

Hari ni, nak berkongsi dengan pembaca semua, nasihat emas dari seorang usahawan terkaya di Asia iaitu Encik Li Ka-Shing yang ada nilai aset sebanyak USD 31.9 billion. Padu brother ni. Sama sama lah kita baca dan renungi nasihat yang diberikan dan sesuaikan dengan kehidupan sendiri.

 

Andaikan gaji kita RM 2,000 sebulan, sepatutnya kita boleh hidup dengan agak selesa untuk permulaan. Bahagikan kepada 5 dana berbeza. Yang pertama RM 600, yang kedua RM 400, yang ketiga RM 300, yang keempat RM 200, dan yang dan yang kelima RM 500.

 

Baik. Jadi, mari kita lihat apa yang patut kita buat dengan dana dana ni.

 

 

Dana Yang Pertama RM 600

Ini untuk perbelanjaan kehidupan yang ringkas merangkumi sewa rumah dan makan minum. Pagi makan roti, tengahari makan buah+snek, dan malam masak sendiri di rumah.

Masa muda muda ni, badan tidak mempunyai masalah untuk hidup secara sederhana dan ringkas. Boleh tahan bertahun tahun sebelum kita upgrade kepada lifestyle yang lebih mewah. Jangan nak poyo sangat makan mahal mahal.

 

Dana Kedua RM 400

Letak RM 100 untuk bil telefon. Dan belanja 2 orang kawan atau lebih dengan bajet RM 300 setiap bulan.

Siapa yang patut kita belanja?

Mereka adalah yang lebih pandai dari kita, lebih kaya, dan yang boleh bantu dalam mengembangkan kerjaya. Selepas setahun, kita akan ada connection kawan yang lebih luas dan menambah nilai kepada diri. Reputasi, harga diri, dan nilai tambah pada diri akan mula disedari orang lain. Kita juga akan dilihat sebagai seorang yang baik dan murah hati.

 

 

Dana Ketiga RM 300

Ini untuk belajar. Belanja RM 50-RM 100 untuk beli buku. Pada fasa awal ni, kita tidak ada duit sangat, maka kena banyak belajar. Bila beli buku, baca dan fahami semua strategi yang diajar dalam buku.

Lepas habis baca buku tu, ceritakan semula kepada orang lain dalam bahasa sendiri. Bila berkongsi dengan orang lain, kredibiliti meningkat dan hubungan dengan kawan bertambah erat. Lepas income meningkat, masuk kelas yang lagi advance dan mahal. Bukan sahaja dapat ilmu yang mahal, tapi dapat juga berkenalan dengan individu yang mempunyai pemikiran sama dengan kita.

 

Dana Keempat RM 200

Ini untuk melancong. Belanja la diri kita yang penat bekerja dengan melancong sekali setahun. Backpacking je kalau nak murah atau duduk hostel. Guna pengalaman melancong tu untuk charge semangat dan pemikiran supaya kita sentiasa bermotivasi membuat kerja.

 

 

Dana Kelima RM 500

Labur. Letak dalam bank sebagai modal permulaan dan guna untuk mulakan bisnes secara kecil kecilan yang selamat. Pergi kedai borong dan cari barang untuk dijual. Kalau rugi pun, rugi sket je. Bila dapat untung, ini akan meningkatkan keyakinan diri dan dapat pengalaman menguruskan bisnes kecil.

Dapatkan keuntungan lebih besar dan beli pelaburan jangka masa panjang dan juga jaminan keselamatan bagi kekayaan diri dan keluarga.

So selepas berhempas pulas dalam masa setahun dan pendapatan kita masih RM 2,000, maka kita tidak membesar sebagai manusia la sebenarnya haha. Malu dengan diri sendiri. Pergi kedai beli sebatang timun, dan ketuk kepala dengannya sebab kita memang patut diketuk.

Kalau pendapatan dah cecah RM 3,000, kita mesti terus bekerja keras. Cari part-time job sebagai salesman. Mencabar, tapi ini jalan terbaik untuk belajar teknik menjual yang boleh dibawa ke masa depan.

Semua usahawan berjaya adalah jurujual yang bagus. Mereka mampu menjual mimpi dan harapan yang dimiliki.

Guna sensitiviti untuk kenalpasti sentimen pasaran untuk menjalankan bisnes dan kenal pasti produk yang laku keras.

Kurangkan pembelian baju dan kasut. Beli bila dah kaya nanti. Simpan duit, dan belikan hadiah untuk orang yang kita sayang dan ceritakan kepada mereka perancangan dan matlamat kewangan kita.

Semua pemilik bisnes perlukan bantuan. Seboleh mungkin, lapangkan masa dan bantu mereka. Ini akan meningkatkan kemahiran kita dan menjadikan kita lebih baik. Ini seterusnya membantu kita lebih dekat dengan matlamat.

Selepas dua tahun, pendapatan sepatutnya sudah mencecah RM 5,000 atau kita tidak akan mampu untuk berhadapan dengan inflasi.

 

Konklusi

Banyak mana pun pendapatan kita nanti, bahagikan sebaiknya kepada 5 bahagian ni. Sentiasa jadikan diri bermanfaat kepada orang lain. Banyakkan pelaburan dalam networking. Bila kita meningkatkan pelaburan sosial, meluaskan jarinan persahabatan, pendapatan kita juga akan meningkat secara selari. Tambahkan lagi pelaburan dalam pembelajaran, kuatkan keyakinan diri, melabur ntuk percutian, luaskan horizon dan tambah pelaburan masa depan yang pasti meningkatkan lagi pendapatan.

Kekalkan keseimbangan begini dan lama kelamaan kita akan mendapat banyak lebihan wang. Badan juga akan bertambah sihat dan kuat sebab kita mendapat lebih nutrisi dan penjagaan.

Kawan kawan akan bertambah banyak dan banyak hubungan berharga akan tercipta. Kita akan dapat masuk ke latihan aras tinggi dan terdedah kepada projek dan peluang yang lebih besar. Lama kelamaan, kita dapat mencapai impian yang diimpikan.

Hidup ini boleh dirancang. Semasa miskin, banyakkan masa di luar dan kurang masa di luar. Bila sudah kaya, kurangkan di luar dan banyakkan masa di rumah. Inilah seni kehidupan. Jangan lakukan sebaliknya.

Semasa miskin, jadi baik kepada orang lain. Jangan berkira. Apabila sudah kaya, biarkan orang lain berbuat baik pada kita. Semasa miskin, campakkan diri ke luar dan biar orang lain gunakan diri kita sebaiknya. Apabila kaya, privasikan diri dan jangan bermudahan membiarkan orang lain mengambil kesempatan. Ini yang ramai manusia tidak faham.

Semasa miskin, belanja duit supaya orang lain nampak. Apabila kaya, jangan tunjuk. Belanja diri sendiri secara senyap. Semasa miskin, jadi murah hati. Sudah kaya, jangan nampak sebagai orang yang suka membazir. Kehidupan adalah roda dan pada waktu tertentu, kita akan mendapat ketenangan yang dimahukan.

Menjadi muda bukan satu kesalahan. Jangan takut. Kita cuma perlu tahu bagaimana caranya untuk labur pada diri sendiri dan meningkatkan wawasan serta harga diri. Bezakan apa yang penting dan apa yang berbaloi untuk dilaburkan. Tahu apa yang patut dielakkan dan tidak belanjakan duit untuk perkara itu. Inilah intipati disiplin. Usahalah untuk tidak bazirkan wang pada pakaian tetapi beli beberapa yang ada kelas dan nilai tersendiri. Kurangkan makan di luar. Jika terpaksa, makan la tapi simpan bil dan catat semuanya. Apabila belanja orang lain, pastikan orang itu mempunyai impian dan bekerja lebih keras dari diri kita. Baru berbaloi.

Apabila kehidupan asas sudah tidak menjadi masalah, gunakan duit lebihan yang ada untuk kejar impian anda. Kembangkan sayap dan berani untuk bermimpi! Pastikan anda mempunyai kehidupan yang luar biasa!

 

 

Disclaimer: Ini pendapat Li Ka Shing untuk pemuda, bukan saya. 🙂

Got something to say? Go for it!

 
%d bloggers like this: