Kamu hanya 22. Masih muda.

reambig[1]

 

Ada kawan share di Facebook aku tadi, artikel tentang umur yang masih muda dan tidak perlu ‘rushing’ untuk mengejar kejayaan, simbol kejayaan, atau kekayaan. Penulis artikel memberitahu para pembaca untuk tenang, jalani kehidupan secara seimbang, dan jangan bandingkan diri dengan kejayaan orang lain.

Biasalah, umur masih muda dan kita masih ada banyak masa lagi untuk menikmati kehidupan. Mengapa perlu merasa tertekan dan stress kan? Enjoy sahaja masa yang berlalu dan manfaatkan sebaik mungkin. Dengan cara sebegitu, kita dapat menepis aura aura negatif yang sentiasa menyuruh kita untuk menjadi orang lain yang kononnya berjaya dan hebat.

Secara keseluruhan artikel, aku boleh kata aku setuju. Tapi, mesti la ada perkara yang aku tak setuju kan. Takpe, kita ambil yang positif. Aku akan explain bahagian mana yang kurang dipersetujui.

Aku cerita sket dulu. Selepas grad pada bulan 7 hari tu, aku selalu juga mendapat nasihat yang sama dari pakcik pakcik dan senior yang lebih tua. Semasa mula bekerja, mereka sangka aku berumur 25 tahun. Mungkin sebab keluasan pembacaan, soalan yang ditanya, dan kefahaman yang aku banyak dapat hasil bergaul dengan yang lebih tua. Semasa meeting pun, aku akan tanya soalan yang betul betul perlu bergantung kepada situasi dan biasanya soalan tu memang belum di’cover’ oleh orang lain. Bagi aku tanya, tidak semua perkara perlu ditanya. Jika kita boleh kaji dan faham sendiri, lagi baik. Tapi, jika memang perlu ditanya dan bukan untuk men’capub’, maka sila tanya dengan cara yang paling baik.

Jadi, mereka selalu tanya umur aku dan dari mana.

Aku cakap 22. Dari Jordan. Dan muka mereka macam;

‘Oh, ye ke? Saya ingat 26. Muda lagi rupanya. Baru 22.’
‘Kamu hanya 22. Masih muda.’

 

Berjaya

 

Dari satu sudut, macam sedih juga sebab nampak lebih tua dari umur sebenar. Tapi dari sudut lain, bagi aku, itu satu pengiktirafan terhadap cara berfikir dan keluasan ilmu, walaupun sekarang aku dah semakin tumpul dari sudut pembacaan bahan tajam/kritikal kerana banyak membuat kerja secara praktis sampai terpaksa abaikan pembacaan.

Cuma, masyarakat Malaysia/Melayu secara kolektifnya, menganggap umur 22 adalah umur yang masih muda dan tidak perlu terlalu bersungguh berusaha untuk kehidupan. Bos aku selalu berkongsi, apa yang dia lakukan ketika umurnya 22 dahulu. Dia akan bekerja sepenuh hati, belajar semua perkara, dan menaiki tangga dunia korporat  dengan penuh kesabaran dan berhati hati. Aku setuju. Tapi, aku mahu lebih. Mungkin ini boleh dikatakan tamak, atau terlalu ambitious, tapi aku mahu dan aku akan cuba.

Seperti aku, aku menulis impian dan harapan ketika berumur 25 tahun, berumur 30 tahun, dan impian ketika meninggal kelak. Semua ini perlu, kerana dalam Islam, kita diajar untuk berfikir menghadapi kematian dan menyediakan bekalan untuk akhirat. Dunia ibaratnya tanah subur, yang perlu kita gunakan, bajak, dan tanam agar menumbuhkan pohonan segar untuk bekalan ke syurga.

Aku beritahu bos, dalam masa 5 tahun akan datang, saya mahu ini ini dan ini. Bos beritahu saya, adakah dengan jalan yang saya lalui sekarang, saya boleh capai apa yang saya nak capai? Contohnya, 5 tahun lagi, aku nak bawa mak ayah aku ke haji VIP RM 50,000 seorang, hadiahkan mereka sebuah rumah, belanja adik beradik aku ke umrah bulan ramadhan, memberikan kereta untuk kegunaan mak ayah, dan mempunyai aset sekian sekian. Aku tanya, bos berikan saya satu kiraan, jika saya melalui jalan sekarang, bagaimana saya akan capai semua ini?

Bos tercengang. Aku tahu, memang mustahil. Tapi, ada jalan lain yang boleh aku lalui untuk capai semua ni. Aku tahu jalan tu. Tapi aku tak tahu, adakah aku akan berjaya atau gagal.

Jadi, bos aku nasihat, ‘Shazmie, you are still young. 22 man. Kenapa perlu fikir semua ni? You just stressing yourself.”

“Kamu hanya 22. Masih muda.”

Aku tahu. Dari dulu, aku memang pressure diri aku. Jika aku mahu sesuatu, aku sanggup seksa diri aku untuk perkara yang aku nak capai. Semasa di Jordan, aku tiada katil dan tilam untuk tidur di rumah. Aku tidur beralaskan selimut dan bantal. Aku percaya, aku perlu berada dalam keadaan tidak selesa supaya aku sentiasa ingat apa yang perlu dicapai dan sentiasa bermotivasi tinggi. Apabila bangun tidur, aku akan berasa tidak selesa dan sedikit sakit, maka aku akan bangkit dan terus bekerja. Tiada erti rehat selagi tidak mencapai apa yang sepatutnya. Dan bagus juga, sebab aku akan kurang tidur dan optimumkan masa untuk membaca, belajar, dan praktikkan apa yang boleh.

Itu cara fikir dan falsafah hidup yang aku pegang. Apabila manusia ditekan, akan keluar potensi yang mereka tidak pernah tahu sebelum ini. Seperti berlian yang cantik berkilat dan mahal, ia dibuat dari karbon. Tetapi, ubat pensil juga dibuat dari karbon tetapi warnanya hitam dan amat murah. Apa yang membuatkan mereka berbeza dari sudut nilai dan kegunaan? Kerana tekanan. Berlian telah melalui satu proses tekanan yang sangat tinggi, sehingga menjadi berkualiti sebegitu.

Contoh lain, seperti haiwan liar dan haiwan yang diternak. Pernah makan ikan patin liar yang hidup bebas di sungai? Setiap hari, ikan patin ini terpaksa berlawan dengan pemangsa rakus, melawan arus deras, berhempas pulas mencari makanan. Bezakan dengan ikan patin yang hidup dalam kolam yang selesa dan disuap makan, bagaimana dagingnya? Amat berbeza! Itu lah beza manusia yang hidup dan menghadapi tekanan dengan manusia yang hidup dalam kerangka selesa dan tidak berani mencabar zon selesanya.

 

most-motivation-quotes[1]

 

Apabila kita terlalu selesa, kita memusnahkan diri sendiri. Potensi diri akan disia-siakan, banyak perkara kita akan ketinggalan dan tidak mampu berkembang. Seperti ayam daging yang diternak dalam kandang, disuap dan diberi makan setiap hari. Daya survivalnya rendah, tidak mampu terbang tinggi seperti ayam kampung yang liar dan bebas, dan mudah terkena penyakit.

Aku nak jadi bebas. Aku mahu latih diri untuk mempunyai daya survival yang tinggi, ketahanan yang kuat, dan menajamkan semua potensi diri yang aku ada. Jika diri aku ni pisau, aku nak asah dan tajamkan sehingga mampu memotong semua halangan yang ada di depan. Tiada besi yang terlalu keras, tiada gunung yang terlalu tinggi, tiada laut yang tidak boleh direnangi. Apabila ada sahaja suara suara kecil dalam otak yang menyuruh aku berhenti dan berputus asa, sentiasa ada suara garau dalam otak aku yang akan kata, buat sampai jadi! Apatah lagi jika itu adalah sesuatu yang aku memang nak dalam kehidupan. Aku akan usaha. Aku akan dapatkan. Pertimbangan emosi perlu ditolak ke tepi.

Ada baik dan buruknya. Aku sentiasa rasa aku terlewat, supaya tidak berasa selesa dan sentiasa mahu gerak ke depan. Aku sistemkan otak dan badan untuk sentiasa bersedia berubah, mengikut rentak percaturan yang terbaik pada waktu itu. Jika aku perlu berubah menjadi trader, aku akan jadi trader terbaik. Jika aku perlu menjadi negotiators terbaik, aku akan khatamkan semua buku dan praktikal bagaimana memenangi perbincangan. Aku sudah boleh balancekan antara kehendak aku dan ketentuan Ilahi, kerana ada ketika Tuhan akan memberikan lain dari apa yang aku rancangkan.

Contoh, untuk I-Green, kami ditoalk mentah mentah oleh para pelabur. Mungkin kerana niat dan hasrat aku tidak betul betul pejal, sehingga idea kami dibakul sampahkan. Sedih juga, tapi aku akan laksanakan juga projek itu pada ketikanya, Cuma untuk masa sekarang, kena hold-on dan fokus pada penjanaan duit sehingga mampu menanggung perbelanjaan kehidupan.

Aku tak boleh selesa. Umur masih muda, sebab itu aku kena berusaha keras dan tamak dengan ilmu. Sedut semua perkara, praktik sampai jadi. Pada umur ini, ramai yang jadi jutawan. Pada umur ini, ramai yang sudah mampu memberikan nilai tambah kepada masyarakat dan menyelesaikan masalah mereka. Pada umur ini, ramai yang sudah mulakan startup dan berjaya mengubah landskap pemikiran manusia. Jadi aku tanya diri aku, pada umur ini, apa yang aku akan sumbangkan kepada diri? Kepada negara? Kepada keluarga? Atau hanya mahu berada dalam zon selesa dan berkata kepada diri, aku masih muda dan tidak perlu terlalu mengejar apa yang ada. Tinggallah dalam zon itu, dan jadi manusia yang daya survivalnya rendah dan tiada kompetensi hidup. Jangan bersaing dengan orang lain, bersaing dengan diri sendiri dulu. Tewaskan kemalasan, kebodohan, dan ketakutan diri sendiri baru berfikir untuk meletakkan diri pada par seperti orang lain.

Ini pandangan peribadi aku. 22 tahun adalah umur yang tidak muda. Hanya ada 8 tahun sebelum 30. Sewajarnya pada umur 30, aku sudah stabil dan mampu melimpahkan kejayaan kepada saudara mara dan ahli keluarga. Sewajarnya, pada umur itu, aku boleh fokus untuk membantu manusia dengan lebih agresif dan membina yayasan sendiri. Sewajarnya, pada waktu itu, aku bersedia untuk menerima tendangan politik pula. Jangan letakkan diri dalam zon selesa dan berpuas hati dengan apa yang ada. Cabar diri untuk pergi lebih jauh, melampaui jangkauan imaginasi dan kotak pemikiran yang kita miliki. Kembangkan potensi dan tembusi semu pintu. Kita mampu. Otak dan fizikal kita bersedia. InsyaAllah.

 

 

Got something to say? Go for it!

 
%d bloggers like this: