Gaji RM 3,500 Tidak Cukup? Serius laaa

Assalamualaikum wbt

 

Minggu lepas, ada terbaca artikel dari blog Pakdi yang menunjukkan bagaimana penggunaan dan pembahagiaan gaji RM 3,500 oleh seorang pemuda. Gaji RM 3,500 tidak cukup? Terkejut juga aku, sebab angka sebesar itu tidak mencukupi untuk kehidupan sebulan, malahan negatif pula!

Dalam perniagaan, kita ada cara untuk membuat customer avatar atau ciri ciri prospek yang akan membeli servis/produk kita. Jom kita tengok sekejap ciri ciri prospek yang bakal diujikaji cara merancang kewangan dalam artikel ni.

  1. Pemuda (21-25 tahun)
  2. Fresh Grad
  3. Kerja di Kuala Lumpur
  4. Gaji RM 3,500
  5. BUJANG!

 

Masalah yang aku dapat dari analisis dan pembacaan adalah, pemuda itu tidak mempunyai prioriti, matlamat kewangan, dan kebijaksanaan kewangan dalam menguruskan kewangan peribadi dia. Itu je yang menjadikan gaji tu tidak cukup. Jika diikutkan, bagi aku, RM 3,500 adalah satu angka yang agak selesa pada awal permulaan kehidupan dan boleh dimanfaatkan untuk banyak perkara. Cuma tinggal, kita tahu atau tidak sahaja cara untuk menggunakan dengan sebaiknya. Macam pisau atau kapak yang tajam la. Sangat berguna dan bermanfaat jika diberikan kepada insan yang mahir menggunakannya, tapi hanyalah alat besi yang tidak berguna jika diberikan kepada orang yang bodoh.

Okay. Jadi, aku akan buat pembahagian duit gaji tu mengikut ‘style’ aku sendiri. Rakan rakan boleh praktis apa yang ditulis, dan berikan cadangan untuk aku mantapkan lagi perancangan kewangan ni. The more you give, the more you get alright.

&

1. MANDATORI

Kita tiada pilihan, melainkan kena keluarkan dan bayar setiap bulan. Caruman wajib la lebih kurang.

KWSP         = RM 350
Ibu Bapa    = RM 300
Takaful       = RM 150
Infaq           = RM 50
Kecemasan= RM 350

Yang takaful tu wajib tau. Sampai bila kita nak bergantung kepada orang lain jika berlaku sesuatu. Andainya kita ditakdirkan terlibat dalam kemalangan, cedera, atau disahkan menghidap penyakit berbahaya, maka habislah simpanan mak ayah kita selama ni. Sekurang kurangnya, apabila sudah ada perlindungan takaful, kita sudah memindahkan beban tu kepada pihak lain. Jadilah anak yang bijak kewangan dan soleh camtu 🙂

 

2. Sewa bilik/rumah

Di KL, memang agak susah untuk mendapat penempatan yang murah, selamat, dan berdekatan dengan tempat kerja. Disebabkan kesusahan tu, kebanyakan sewa di kawasan ni agak mahal dan kadang kala tidak berbaloi dengan apa yang dibayar. Beruntung jika sesiapa ada keluarga, saudara mara, atau rakan rakan yang sudi tumpangkan pada harga yang murah.

Sewa ni all-in, termasuk internet+air+elektrik+alat memasak.

Sewa = RM 400

 

3. Perhubungan

Pada zaman muda ni, aku suka buat networking dan meluaskan jaringan persahabatan. Disebabkan itu, aku banyak juga keluar dari rumah, berjumpa dengan circle of friends yang baru serta membina perhubungan yang memberi manfaat pada masa depan. Jadi, perbelanjaan yang keluar untuk tujuan ini perlu dimasukkan dalam bajet. Perhatian, kebiasaannya aku menggunakan public transport untuk pergi ke tempat tempat ni sebab aku masih fobia accident masa mula mula sampai KL hari tu.

Top up Telefon = RM 30
Top up TnG      = RM 70

 

4. Motor

Muahaha. Kenderaan ni agak la liabiliti. Kalau kereta, lagi banyak duit akan bocor. Nasib baik pakai motor kapcai je, so banyak yang aku jimat dan tidak perlu pening kos penyelenggaraan setiap bulan. Bonus, tempat kerja aku dan rumah penginapan sekarang sangat dekat so dapat jimat kos pengangkutan ke tempat kerja. Awal awal pakai dulu, ada la kena buat total servis sebab dah lama tak guna. Kena tukar minyak hitam, tukar pad breakdisc, overhaul enjin, bersihkan coverset, beli helmet, beli side mirror, tukar penyerap hentakan depan, dan minyakkan rantai. Total maintenance untuk 3 bulan ni dalam RM 200. Untuk tujuan bajet, aku letak RM 30 je per bulan. Nak masuk kawasan ofis aku, kena bayar parking RM 0.50 setiap kali masuk.

Minyak          = RM 12
Maintenance= RM 30
Parking         = RM 11

 

5. Makanan

Siapa kat sini tak suka makan? Ha, memang untung la kalau dapat manusia macam ni haha. Jika tidak dikawal, memang duit akan bocor sebocornya di sini. Ramai kawan yang aku jumpa, memang tak boleh kawal nafsu makan tu dan biasanya habis dalam RM 1,500 untuk makanan sahaja! Aku macam, whatttt… Nonsense, membazir, dan tidak patut berlaku lah kan. Macam aku, aku cuma makan di luar pada waktu lunch. Lagi best, aku cuma ambil tauhu telur (protein) kegemaran aku yang ada sayur (fiber) dan nasi (karbo) yang berjumlah hanya RM 3,50. Air suam. Aku akan makan mewah sedikit semasa hujung minggu atau semasa berjumpa dengan mentor.

Jimat beb, dalam masa yang sama memenuhi keperluan metabolisma. Untuk makan malam dan pagi, aku makan di rumah. Ehem, i am a good chef tau. Setakat nak masak nasi lemak, nasi goreng, nasi rempah rempah tu, pejam mata je la hahaha

Lunch        = RM 150 (RM 5 per day*30)
Groceries  = RM 100
Mingguan = RM 80 (Peruntukan makan luar hujung minggu)

 

aucak. Jangan garang sangat huhu

 

6. Lain lain

Yang ini, bergantung kepada perancangan masing masing. Aku punya sangat berbeza dari orang lain dan sangat berisiko tinggi. Untuk tujuan penulisan, aku tak akan dedahkan sebab takut orang tiru. Kalau gagal nanti, semua cari aku huhu. Letak la simpanan atau pelaburan yang bersesuaian dengan matlamat korang orait.

Tabung Kahwin     = RM 300
Tabung Travel       = RM 200
Tabung Kelas         = RM 100
Tabung Buku         = RM 100
Tabung Pelaburan= RM 700

 

So total, akan dapatlah dalam RM 3,483. Baki tu pandai pandailah nak bahagi kat mana. Yang penting, masa muda ni, jangan banyak sangat membeli belah dan membazirkan duit untuk perkara tidak berfaedah. Laburkan duit untuk dapat ilmu kewangan dan ilmu pelaburan. Tingkatkan nilai dan aset diri, bukan aset kenderaan. Untuk perancangan kewangan, bagi aku, ni kira agak standard dan tidak ultra sangat. Aku sekarang dalam fasa menukar perancangan untuk menjadi lebih dahsyat dan tense. Untuk netizen laymen, sangat tidak digalakkan untuk buat as it is too much risky.

 

Again, rancang duit based on your vision and mission. Bila nak jutawan, bila nak ke Mekah, bila nak beli rumah, bila nak ada anak and so on. Boleh detailkan lagi, tapi aku dah malas. Nak berjogging pulak pagi pagi ni. Badan sihat, otak cergas, duit mahsyukk haha. Okay bye salam.

3 Comments on "Gaji RM 3,500 Tidak Cukup? Serius laaa"

  1. Rais says:

    Bagus perkongsian ni. I like. Kepp it up!

    RFS

Trackbacks for this post

  1. [Reblogged] Gaji RM 3,500 Tidak Cukup? Serius laaa | anamutarabbi
  2. Panduan Membuat Bajet Bulanan Untuk Graduan Muda

Got something to say? Go for it!

 
%d bloggers like this: