Belajar Berhenti

*fuh*

Habuk berterbangan ke udara.

*fuhfuh*

Sawang sawang bertempiaran.

 

hahaha

 

Ya Allah… Teruknya aku ni. Cakap nak tulis secara istiqamah la, nak berterusan la, sekali tersekat tengah jalan haha. Sebenarnya, ada je beberapa tulisan yang dah dipublished, tapi privasikan atas sebab tertentu. Lima bulan 2016 ni cukup perit bagi aku. Sangat berlainan daripada kehidupan yang dilalui selama ni…

Allah uji hambaNya dengan bermacam ujian. Sekejap panas, kemudian sejuk, selepas itu membeku, tiba tiba petir pula datang memanah sehingga bergegar muka bumi. Kita rasa perit. Tersungkur menyembah bumi. Nak angkat muka pun tidak larat. Aku bersendirian dalam perjalanan yang menyakitkan. Langit yang selama ini cerah melindungi aku dari kuyupnya hujan, kini bocor sebocornya. Kesejukan tidak lagi memberi ihsan. Menggigit dan meratah tulang belulang yang kebiruan. Begini rupanya kesakitan.

 

Sejuk.

Dalam banyak perkara yang Allah berikan pada aku, aku bersyukur dengan kedegilan, kejahilan, dan keegoan aku untuk tidak berhenti dan mengaku kalah. Ada yang bilang, bukankah mudah Shazmie jika dilupakan sahaja apa yang berlaku dan melangkah pergi. Angkat kaki yang sudah dikotori, alirkan dengan air bersih, dan berlalu sahaja tinggalkan yang kelam.

Tapi aku bodoh. Aku tak mampu buat macam tu. Jatuh terperosok ke dalam telaga buta di titik bumi pun, aku akan merangkak mencari jalan keluar. Memang susah. Perit usah dikata. Cabarannya tidak kepalang. Seksanya bisa mencabut kewarasan fikiran.

Alhamdulillah, aku tidak pandai mengalah. Aku tidak pandai berhenti.

 

Bisnes

 

Oh. Orang tidak suka bisnes. Orang suka duit. Aku pun suka duit. hahah

Tapi teman, bercintalah dengan bisnes, dengan keusahawanan. Ada dunia yang luas dan indah menanti untuk diteroka. Duit akan menjadi minyak pembakar semangat sementara cuma. Yang akan membuat kita terus berjalan dan berniaga adalah, matlamat jangka masa panjang.

Beberapa minggu ni, bacaan aku banyak bertumpu pada sejarah kebangkitan Jerman dalam WW1 dan WW2. Juga sejarah bangsa Mongol yang pernah suatu masa ketika dahulu menguasai 2/3 dunia. Sangat luas jajahan takluk mereka. Kemudian kisah ‘cold war’ Amerika dan Rusia. Aku tertanya tanya, di mana Islam ketika ini. Seolah olah terpadam dari sejarah. Bilakah kebangkitan semula agama suci ini akan berlaku? Adakah kita akan menjadi pembantu ke arah kebangkitan agama ini atau, kita menjadi si mulut celupar yang mempersoalkan semua usaha untuk kebangkitan Islam?

Dangkal. Bina bisnes, supaya kita dapat bina umat Islam yang kuat, seterusnya negara serta daulah Islam yang kuat. Biiznillah.

 

Setia

 

Sampai sekarang, aku setia. Aku tutup mata. Aku lari dari peluang dan dugaan yang menggoda. Ulasan yang sangat panjang, aku simpan dalam koleksi tulisan yang ada. Kalau aku publickan, boleh jadi viral kisah ni.

Penat. Aku betul betul letih. Entah sampai bila boleh bertahan. Orang tua betul betul ego kan? Keras kepala sangat ya?

Jika diikutkan hati aku, aku hiris hati dan akal itu dengan kata kata yang paling tajam aku boleh keluarkan. Bersyukurlah, masih ada sekelumit perasaan hormat terhadap tuan dalam hati saya. Jika tidak, saya akan hancurkan semua premis hujah dan alasan yang tuan cipta tanpa sebarang belas ihsan. Saya pernah buat pada orang lain, dan saya tahu bagaimana rasanya apabila hujah dihina dan pendapat kita dianggap hina.

Takpe. Kita tunggu final round. Saya masih setia, kerana saya yang mulakan semua ini. Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang saya mulakan. Tuan muliakan keluarga saya, saya hormati dan muliakan keluarga tuan. Mulut jaga, hati pelihara, dan tindakan perlu mengikuti larasa bahasa. Saya baca manusia, sebagaimana tuan membaca saya. Tapi bacaan saya mendalam sehingga penggunaan perkataan, kekuatan setiap perkataan, tona suara, pandangan mata, kerdipan, dan rona muka. Jangan tipu saya dengan lidah bercabang. Berlaku jujur di hadapan saya, ego tuan letakkan ke tepi. Jangan sampai saya hancurkan ego itu. Malu tuan nanti depan ahli keluarga.

🙂

Loyal. ?

 

Tua

 

Makin berusia, kita wajarnya makin matang. Mendepani kehidupan dengan akal yang luas, pemikiran yang masak, dan jiwa yang lapang. Pertimbangan jahiliah, bodoh sombong, dan bengap sudah lama hilang dimamah pengalaman. Tapi aku rungsing, jika semakin tua tetapi lagaknya bagai keldai yang sungguh buruk bicara dan teruk tindakannya. Aku boleh berdebat hujah mencari kebenaran sehingga kebenaran tertegak, tapi aku tahu, sikapmu bagaimana. Akhirnya akan alih isu, atau tukar isu, atau tiba PM Najib kita yang bersalah! eh

Beginilah, jika sudah tua, dan horizon pembacaan makin kurang, ilmu makin cetek, sebaiknya lakukan amal yang banyak untuk dijadikan bekalan ke akhirat yang infiniti. Yang bongkak lagi dengan ilmu dunia, jangan dikejar harta material yang bertaburan, kelak kamu yang akan mengetuk kepala sendiri, menyesal betapa bodohnya tindakan itu.

 

Hadapan

 

Yang ni, perkara aku paling sedih.

Aku nampak impian, aku nampak harapan. Aku tahu apa yan aku kena buat.

Tapi, ada banyak mentor, dengan banyak cara. Ada suruh aku fokus game trading medical merchandise, ada suruh masuk game pertanian, ada suruh main affliate je, ada suggest buat produk sendiri.

Aku lekat. Hati aku sangat cinta dan sayang dengan ekonomi, perbankan. Aku suka kontrak syariah. Aku suka bila berbicara tentang kepentingan patuh syara dalam setiap muamalat yang dilakukan.

Tapi Tuhan sahaja tahu, betapa sukarnya untuk aku hidup dalam dunia ini. Terpisah jasad dan roh, tercabut nyawa dari jiwa.

Shazmie, di mana awak 5 tahun lagi? 10 tahun lagi? Apa yang awak nak capai?

Aku termenung. Aku ada jawapan. Tapi boleh ke jawapan aku jitu tanpa bergegar dan bertukar? Mampu?

Saya tak tahu tuan. Saya nak buat apa yang saya suka. Saya cinta. Saya nak jadi kaya, nak masuk politik. Nak mulakan pelan tersendiri untuk bina Islam dan Malaysia. Boleh kan?

Antara Utopia dan Impian Yang Tinggi, pemisahnya adalah satu kain nipis halus yang jernih. Hampir sama sahaja.

Well, lets hope for the best.

 

Aku doakan, 2016 akan jadi tahun yang paling mencabar dan menyakitkan. Dan Allah akan berikan aku kekuatan luar biasa untuk hadapi semua sekali dan bina semua yang aku mahukan. Ameen!

 

 

Got something to say? Go for it!

 
%d bloggers like this: